3 Kali Rasa Yang Sama

Assalamualaikum .
Semoga kalian berada dalam keadaan baik hendaknya.  Tertulisnya blog pada kesempatan kali ini adalah disebabkan aku mungkin akan lenyapkan blog ini dalam tempoh terdekat. Kenapa? maybe ini cara terbaik untuk aku lumpuhkan sejarah silam dan membuka buku baru selepas berakhir semua ini nanti . 

Sebelum ini, aku tak pernah rasa macam nie, hidup aku walau sebegitu runsing walau seserabut mana pun. Aku akan seperti biasa dalam mengawal semuanya. Tapi lain untuk kali ini. Seolah-olah ia menggambarkan cerita kali ke-2 peristiwa lalu. Dan ini Mungkin kali ke 3. Aku tersentap seketika bila msa lalu aku fikirkan, bila masa lalu ku kenang kembali sejenak. Aku fikir, aku xboleh nak ulangi dan tak mungkin aku ulang kembali masa itu lagi. Tapi, kali ini, ia seolah-olah hadir lagi. Aku takut, aku takut dan aku takut. Seandainya perkara sebegitu yang aku fikirkan, aku perlu bersedia. 

Memang secara zahirnya aku masih boleh berfikir,. Kalaw tidak, masakan aku dapat menulis disini. Apa yang aku tulis nie . Adalah apa yang aku rasa. Ya mungkin ini tidak privasi lagi bagi aku sebab blog bukan lah sesuatu yang boleh diprivasikan sebagai mana laman2 yang lain. Cuma aku hendak berkongsi pada sedikit sahabat tentang masalah dan tentang apa yang kita rasa. 

Sejurus aku menulis untuk kali terakhir untuk blog nie, aku mahu siap yang hadir disini berfikir untuk sejenak. Bincang lah melalui hati tentang apa yang diperhatikan ini.
  1. Dalam ramai-ramai sahabat dan kenalan yang kita ada, siapakah yang lebih kita hormati? Siapakah yang lebih kita sayang.
  2. Kalau anda lelaki, jika berada dianatara dua masalah iaitu kawan baik perempuan anda memerlukan pertolongan anda dan pada masa yg sama ada kawan lelaki juga memerlukan perhatian anda. Siapakah yang akan anda hadir terlebih dahulu? Begitu juga jika anda seorang perempuan.
  3. Bagaimana cara anda jika anda betul2 mahukan seseorang itu. Sedangkan dia tidak tahu pun bahawa kita sudah menaruh pada diri nya. Lebih pedih jika dia anggap kita hanya sama seperti rakan biasa.
  4. Jika anda sudah punyai teman istimewa, namun dalam masa yang sama hati anda terpikat pada insan lain yang anda rasa dia menarik hati anda dan juga dia ingin mengenali anda dengan lebih rapat. Bagaimana dengan Si teman istimewa anda itu? Dan apakah reaksi anda?
  5. Pernahkah dalam hati kita terasa sedikit hiba dan cemburu jika ada insan yang kita sedikit menaruh harapan itu lebihkan perhatian terhadap insan lain. 
Kesemua soalan diatas memang diutarakan dalam bentuk berbeza. Namun jika kita berfikir secara logik, ianya hanya ada satu jawapan. .Berikut adalah jwapan dari hasil fikiran hati ini .

Jawapan Pada Soalan:
  1. Seandainya ramai kenalan yang baik pada kamu, carilah sahabat yang boleh menegur kesilapan kamu. Jangan hanya berbaik untuk menjaga hati masing-masing kerana mungkin ia akan berakhir dengan lekuk yang rekah. Namun jika memilih pada yang boleh menegur kita, itu lah sebaik2nya teman kerana dia tidak suka cara buruk kita. Dan di situ kita mengenal siapa diri kita pada pandangan mata org lain. (bukan kawan yg tegur2 nk cari gaduh, yg tuh lain)
  2. Untuk menjawab soalan ini, ramai yang akan jawab seperti biasa, jika dia lelaki dia akan bekata tentu la member aku yg first. Aku takkan ikut perempuan. Namun, tahukan anda lelaki punyai 90% sifat ego pada diri. ia tidak akan akui perkara sebenar. Sebenarnya dia kan memilih teman perempuan baiknya itu berbanding lelaki jika diantaranya memerlukan bantuan. Namun jika anda seorang perempuan, anda juga mungkin begitu. Semua orang akan ada sifat hipokrit pada diri betul kann ..
  3. Soalan ini agak complicated dan terlalu privasi untuk diselesaikan. Namun pada buah fikiran aku, mmg aku xnafikan yang aku tak pernah nyatakan secara serius kepada seseorang yg aku suka dan ingin serius dengan dia secara berhadapan. Sebab, perkara nie memang bukan semua orang boleh buat. Kalau ada pun orang akan anggap itu hanya gurauan biasa dari si dia.  Bagi aku, dengan merapatkan diri dalam mengenali diri si dia dengan rapat lebih baik dari berterus terang. Semakin kita rapat, keadaan akan lebih baik seperti biasa. Mungkin dia akan lebih mengenali diri kita kann. Disamping kita lebih mendalami diri dia sebelum melakukan sebarang keputusan drastik. Tapi orang sekarang semua takut melepas. Kalau macam tu apa lah erti jodoh dan takdir yang tuhan tetapkan. Bercinta degan org lain, berkahwin dengan org lain. hmm think that . Tapi kalau nanti kita dapat tahu yang dia selesa sekadar kawan baik dengankita pun kita tak rasa down sangat sebab benda nie kita tak declare pun . Selalunya org akan cakap macam nie kann .. :)
  4. Kalau nak jawab soalan nie, itu depend pada perhubungan kita la sekarang macam mana. kalau dah rasa macam kapal nak karam, why not kita pakai bot yang sedia ada untuk teruskan kehidupan kan.. :) . Sebenarnya masalah nie terletak pada kejujuran anatara kedua pihak. Kalau sudah ada salah sorang yang dah berlaku tak jujur, sayap yg patah tak mampu bawa nak tertang tinggi lagi. kena turun ke darat ubatkan diri. Andai hadir sesorang yang dapat menerima diri kita disaat kita dalam situasi macam tu. Bagi aku kita patut teruskan dengan orang tuh lah. Tapi, lain org lain pandangan. Mungkin dia rasa itu ujian untk dia kekalkan kesetiaan. Terpulang la. Kalau dah hari2 tak sehaluan. apa guna erti perhubungan. bincang la untuk pilih haluan masing2 kan.. :) . tapi kalau hubungan still ok, jaga lah hubungan itu erat2 agar mungkin boleh sampai ke jinjang pelamin ..
  5. Situasi nie memang semua orang akan rasa, so sendiri bleh faham la rasa kat hati kita tuh macam mana kann. Kalau org tuh betul kita syg, memang la kita rasa mcm tuh. Tapi apa guna nak cemburu kalau orang yang kita syg tuh tak dak respon apa pun kat kita. Nak cakap dia suka kita pun tak, nak ckp dia  ada bagi hint untuk buat kita cemburu pun tak. Just memang dia macam tuh, buat apa kita nak cemburu kann. Tapi kalaw kita tahu yang dia juga ada perasaan kat kita, dalam masa yang sama dia sengaja nak tarik perhatian kita dengan berkelakuan sedemikian, wajarlah kita cemburu. Tapi masalah nya kita tidak pasti samada maksud perbuatan itu kann. Kalau lah dunia nie simple. Semua orang boleh bahagia dalam sekelip mata kann. tapi tuhan tu maha mengetahui, Nikmat yang complicated itu lebih baik dari yang stand-alone. harap anda boleh faham . :) .
Sampai sini aja kisah blog bernama Muhamad Na'im pada Sang Google. Selepas ini mungkin Google tidak menemui lagi storage simpanan nama blog bernama naimcrackon. 
Selamat Tinggal google.com :)

Terima kasih kerana sudi menjadi storan sorotan diary hati dan peristiwa aku selama ini. Jasa mu dikenang .. 





Yang Serabut - Raizo Na'im ..
Read More...

End Of Studies . Build New Lifestyle with the Job.

Assalamualaykum to everyone that just entered to see my blog.
Today, I would like to story about myself. Actually about my future after I finish the study later. I'm reluctant when talking about this. That reason, the day I grad later make me farewell with my beloved friends. 

I know it will surely happen and never be stop because that's called as 'takdir'. So, I'm ready for it. Now I will enjoy the best during I was still as a student and do something that's make a profit for my end of study. So I'll be happy and calm through a day in my life. 

Everyone when talking about the future in our life, it's something very secret for expected. Further forward. That's ambition. As Firman of Allah, the provision had already been written in ourself. We still expect the best. But that's just planning. Allah decides everything. Through the patience with a 'Iman' waiting for the success. 

Maybe after this, I have to got the job first. I know, looking for the job is not a easy matter. So from this, I will learn how to survive myself. Becoz time moves with the age. If later the end of my study went through the sad days, I must persevere. That's a promise for myself.

That's all, I was finish my story. I am sorry about my english story is not enough good for you. I know my english is bad. But well, this is my blog. So, you better think about this first .. 


Wassalam ..





Writer: Muhamad Na'im
Read More...

Sesungguhnya ..

Kehidupan adalah sekolah yang terbaik dalam diri kita.
Permasalahan itu sesekali mengundang kita kearah melakukan sesuatu penyelesaian.
Kegagalan lalu membuat kita sentiasa merujuk bagi membetulkan kesilapan.
Ketahuilah bahawa pengalaman adalah guru terbaik bagi membimbing arah di masa hadapan ..
Read More...

Ohh . Silap aku rupanya ..

Rupanya selama ini aku silap, silap dalam membuat keputusan ..
Kalau lah aku tahu dari awal sikap kau macam tuh, tak kan aku sampai ke tahap macam nie ..
Aku ingat kau berbeza dari yang lain, rupanya kau pun sama ..
Untung lah masih belum terlambat untuk aku ..
Aku harap ia tak kan berulang lagi ..
Tak kan aku diperbodohkan untuk kali kedua ..
Buat kau, selamat menjalani kehidupan seperti biasa ..
Hari-hari kau yang akan mendatang mungkin berubah ..
Tapi aku pasti kau akan lebih bahagia tanpa aku ..
Sebab aku tidak akan seperti dulu lagi untuk diri kau ..
Selamat tinggal kenangan ..



Read More...

Masa itu Segera ..

Gambar Hiasan


Assalam.. kepada sahabat yang membaca . .
Sekarang sudah pun jam 3.12 pagi, Aku baru jer selesai wat keje2 lab sume . huh penat gak la . Biasa la keje last minit dak2 laki memang cool xbertempat cmnie. Hari ni (Actualy semalam) aku dah solve aku nye project Final. Hampir siap dan hampir berjaya mengikut apa yang dicarakan. Hampir pecah otak aku mencari solusi semua yang aku inginkan. Cilok sana, cilok sini. Last2 dengan tangan aku gak aku boleh solve sendiri masalah aku. Bukan dari orang lain (sebenarnya member2 ada la gak sedikit membantu.. hehe). Bangga siot aku dapat solve sendiri mostly gunakan google. Memang google terbaik lah . Sekarang aku dalam proses kemaskini apa yang patut. Tu citer Final pojek ..

Berbalik pada citer akan datang, semalam aku balik SP amik roadtax kat umah aku. Dengan perasaan otai pulang ke SP dalam keadaan roadtax telah pun tamat tempoh. aku bersahaja. haha . alhamdulillah selamat dari bencana yg tidak diingini. Aku cerita kat mak pasal program 3P yg bakal diadakan nanti tuh. Mak aku on jer . bgus lah .. Aku dh dftar pun tadi. harap2 dapat ler . kalaw x pun xpe la dah bukan rezeki ye dok .. Network security specialis adalah target utama aku untuk aku grab sijil tuh. Bab2 network dan security nih memang aku minat giler r . sejak dari azali lagi. Harap aku dapat peluang tuh. Member2 yang lain pun join jugak tapi ada yg xsehaluan dengan bidang aku. Xpe la, aku doakan diorg pun berjaya. InshaAllah ..

Dalam x sedar hidup hanya tinggal sebulan lebih jer lagi kat poli nie. Lepas nie . dah bersurai semua ikatan.  Harap aku dapat lalui detik emas dengan penuh kesyukuran. Masa xkan berputuk kembali kann .. so, hargai lah masa itu. 



From me, Na'im Budiman ..
Read More...

Ulang Tahun ke 21 . Disebalik Fakta dan Nombor Favourite ..



Assalamualaikum buat yang mengunjung. Diharapkan agar kalian semua sihat sejahtera. Pada kesempatan kali ini, aku ingin mengucap syukur ke hadrat ilahi kerna dengan limpah rahmatnya aku telah pun menjangkau usia 21 tahun pada tanggal 12 Februari yang lalu. Terima kasih aku ucapkan kepada yang tidak lengah mengucapkan HB~ padaaku tempoh hari. Buat teman, buat sahabat, buat kenalan, buat rakan-rakan. Akan ku kenang hingga akhir hayat ku. 

Namun, di sebalik tarikh lahir aku ini bukanlah sesuatu yang tidak sengaja untuk aku gambarkan. Sebenarnya ia adalah detik dan waktu yang sudah lama aku impikan. [12.02.2012.] = 12.02.20.12 > 12 x 2 = 24 > 20 - 12 = 02 (Korang jgn pening2 kepala). ada code disebalik nombor-nombor ini (Biarlah kekal sebagai rahsia).  Dengan secara xlangsungnya umur aku pun menjangkau 21 <>12 tahun (Calon Bebas). 

Memandangkan nombor 24 adalah nombor favourite aku, ini adalah tarikh terbaik dalam tahun2 kelahiran aku sebelum ini. Kenapa 24? (Banyak sejarahnya dik..). Salah satunye aku pernah dulu wakili acara Bolasepak sekolah menengah dan nombor jersi pertama aku masa tu adalah 24 dan diikuti dengan 12 pada tahun-tahun seterusnya (Sekadar mengimbas kembali).  Dan banyak detik suka duka aku bermula dengan 24. Dan tidak lupa pada tarikh 25/05. Hanya sorang jer tahu tarikh nie. Dan aku harap dia xkan komen apa2 kat blog nih. 

Hmm, ape lagi ye aku nk citer. dah macam xda keje pun aku nih. Xpe bukan selalu kan kita update blog. hehe . 

Berbalik pada besday aku bulan nie, memang aku terharu gak la member2 umah aku belanja KFC beb!. Thanx to Syakir, Hirzun, Soleh, Zaril, Muhaimin, dan Acab. U all memang friend  terbaik yang pernah aku ada. Buat kawan2 kelas aku yang gurl's yang cun2 tuh. Thanx for wish besday kat aku. korang memang sempoi. senang aku dapat kenal ngan korang semua. ;) ..

ada org tanya hang dapat hadiah ape idan?? - (~.^) Terus terang la, aku bg taw ye . aku jarang dapat hadiah. Selalu dapat makan free jer. hehe . Maklum lah xde sape nk bg . hehe . Next week nih aku balik memang aku tunggu mkn free lagi . My bro dh promise kat aku nk blnja mkn. Xda hal lah ..

So sampai sini je citer aku . next time will be continues. . Assalam ..

Read More...

Karma di atas Kesilapan Lalu



Adat serta Fitrah manusia terhadap kehidupan di dunia. Setiap perbuatan pasti akan menemui puncak pembalasan. Dan itulah yang dikatakan sebagai Karma. Karma ini sering dikaitkan dengan pembalasan di atas kesilapan masa lalu. Namun tidak juga begitu, masing-masing punyai jalan takdirnya diatas setiap perbuatan. Bukan semua kesilapan berakhir dengan detik hitam di masa kelak. Harus kita ketahui bahawa Allah swt. itu maha adil lagi maha mengetahui.

Melihat pada diri ini, ku terasa diri sedang melalui detik karma dalam kehidupan. Suka duka diri masih dalam gelung keresahan. Kadang-kadang ia berlalu dengan hari-hari yang indah. Ya sungguh indah. Namun adakalanya ia datang dengan pemalar yang hitam lagi mendukakan. amatlah sakit dan perit untuk ku telan. 

Aku mengerti ini adalah karma. Namun, aku mengharapkan keampunan terhadap kesilapan ku dimasa lalu. Seandainya kamu orang yang mengenali aku membaca warkah diri ku ini, aku mohon maaf di atas segala sikap dan perlakuan diri ku jika ada yang mengguris pada diri mu. Dan dengan ini aku ingin menyatakan bahawa diri ku telan pun memaafkan kesalahan pada setiap insan yang pernah menyakiti diri ku. Aku bukan lah insan yang sempurna untuk menghukum sesuatu. 


"Dan sesungguhnya insan adalah baik, jika ia mengharapkan yang terbaik dalam dirinya dengan memiliki keampunan dari tuhannya" . .




Insha'Allah - To be continue ..


by Muhamad Na'im
Read More...

Cuti Lagi . Bosan Lagi .

Assalam .. Hari nie adalah hari terakhir aku ada di rumah sewa sebelum pulang ke rumah bagi mengharungi cuti tahun baru Cina nie. Satu minggu perlu aku harungi. Ya, seminggu yang membosankan. Apa boleh buat kan ..
Cerita pasal kuliah masih padat dengan tugasan, project dan beberapa subject yang memang boleh dianggap sebagai tekanan la jugak untuk aku langsaikan. Tapi itu biasa lah . student life .. Cuma aku nak yang terbaik dalam setiap tugas aku laksanakan. Aku tak suka kerja yang sambil lewa. Aku sanggup berkerja dengan seorang diri dengan harapan kerja yang perlu disiapkan tuh menepati citarasa aku. bukan aku cerewet (sebenarnya memang pun). Tapi aku nak yang terbaik. biasa lah, manusia nie berbeza kan.. 

Baru-baru nih, aku dapat baucer RM200.00 dari kementerian pengajian. RM150 aku dan guna pakai buat beli buku.  Kini tingga RM50 lagi pada aku. rasanya nak beli apa plak pun aku xtahu. Terima kasih lah pada kementerian sebab bagi bantuan nie. Kalau tak, sampai bila pun aku tak beli buku yang aku nak beli tuh. huhu. 

Em, berbalik pada cuti semniggu nanti memang aku tengah fikirkan apa yang perlu aku lakukan. Selalunya makan tido jer. pastu main game. Mybe aku boleh siapkan project final aku nanti. skunk dalam 50% hampir siap. tinggal beberapa part je lagi. Makin dalam aku explore, makin luas skop php nih . Style la jugak dunia IT nih. 

Em, ok lah, hari pun dh nak hujan. mybe aku perlu packing (kemas barang) cepat kowt. nanti nak balik senang. InsyaAllah kalau ada kesempata aku boleh menulis lagi . 

assalamualaykum ..
Read More...

Bidadari Dunia dan Akhirat





Bidadari bidadari
Temanilah resahku
Bidadari bidadari
Tenangkanlah jiwaku
Sumpah setia hidup mati
Semuanya kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku

Bidadari  bidadari 
Jadilah pedampingku
Bidadari  bidadari 
Jadilah sang setia
Kerna cinta cinta suci
Buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga

Kau umpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan saat ku jatuh
Bangun semula
Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita cinta abadi hanya di syurga




Read More...

Rambut Sama Hitam, Hati Lain Pula Bicaranya .



AsSalamualaykum sahabat yang membaca artikel ini, kali nie aku xda apa pun yang nak dikongsikan bersama. Tapi, aku some story pasal situasi tentang insan nie. Bukan apa, kekadang tu, kita terlalu ingin meraih sedikit perhatian dengan pelbagai cara. Perhatian yang terlalu memaksa. Sehinggakan pada suatu ketika, sikap dan cara diri menghadirkan rasa kurang senang kepada orang lain. 

Adakala kita terlalu bersahaja dan berasa kurang selesa dengan pandangan dan sikap yang ditonjolkan orang lain. Sehinggakan pada suatu tahap kita ingin menjatuhkannya untuk tujuan peribadi. Nasihat dari aku, tak perlu lah kita membazir waktu dengan melakukan perkara sedemikian rupa. Kalau benar dan ikhlas lahir dari hati, adalah lebih baik jika bersemuka, berbual, atau ajak berbincang untuk sedikit masa. Supaya kedua-dua hati boleh menerima dengan hati terbuka. Bukan dengan cara menikam belakang yang hanya mengundang kebencian orang. 

Kalau pun mahu melontar dari segi bahasa atau penulisan, biarlah ia lembut dari sudut pembacaan atau perkataan. Agar si penerima sedar akan kesilapan dan bukannya melahirkan secebis demdam dari suratan. Usia makin dewasa, dunia semakin kemuncak. Memang benar kadang kala hidup nie tak akan pernah puas dengan apa yang sudah kita miliki. Adakala kita dalam delema dalam memiliki sesuatu yang belum pasti. Ada stengah orang, dah ada peluang depan mata pun masih tergapai-gapai mengaut yang belum pasti. Ada orang tuh, masih ada peluang, namun mensia-siakan, atas alasan kurang keyakinan. Biasa lah karekter manusia.

Suratan ini aku tulis bukan sekadar penghibur diri, bahkan sebagai pendinding peribadi agar sering berada diatas garis panduan yang selari dengan kehidupan. Walau pun kita sedar akan kesukaran dalam membuat sebarang keputusan. Bahkah diri sendiri pun masih tergapai-gapai. Sebab manusia tidak bersifat statik. Justeru, saling hormat menghormati, dan harus bertolenransi dalam sesuatu hal. Bukan dengan cara menyindir dari jauh. Tiada faedah kan .

Insya'Allah . Setiap perbuatan yang baik adalah dari akhlak diri yang baik. Sampai disi aja artikel normal saya. Saya sedar artikel ini bukan semua yang boleh memahami. Kerana ia dituis kepada si pembaca yang agak puitis mindanya. ;)

Assalamualaikum ..


Read More...

Saja-saja cerita .

Assalamualaykum everybody . Hope semua dalam keadaan baik hendaknya. Hari nie 19 November (2:46 AM), aku macam biasa tak de apa pun nak buat. Movie dah layan sampai 3 judul, tapi tetap boring. Handphone nama je ada dua tapi satu pun tak berdering. Ehh2 tadi berdering la sebab mak n ayah aku call tanyakan aku. ehehe. 

Hari-hari yang berlalu nie, aku jarang tido awal, sebab banyak sangak kerja.. dengan asignmen, mini project, presentation lagi. Masuk minggu nih, aku dah start final exam, study all-out la jawabnya. Kini tinggal 2 paper je lagi, lepas tuh aku break seketika. Ingat nak lepas tension hujung bulan nih pegi hiking bukit ke, mandi air terjun ke, lompat hutan ke, ape2 je lah. Nak hilangkan semua stress dalam badan. Stress dengan apa?? banyak sangat cik kak ngan cik abang oii. Dengan duit, dengan kerja . itu yang paling banyak. Dengan perempuan?? Emmm, xde kowt..(sebab saya xde GF).

Start jer sem depan, aku dah kena design Final Project. Nak xnak kena buat jugak, Final Project tuh. Compilasi dengan apa segala yang aku dah belajar kat poli tuh. Itulah yang bakal terhasil. Aku dengan sorang lagi sahabat, dia bijak bertoleransi sedangkan aku berproduktiviti. Kami memang gabungan yang baik. Walau aku sedar, Rakan-rakan yang lain juga tidak kurang hebatnya dalam mendirikan sistem. Masing-masing punyai kelebihan, masing2 punyai kredibiliti. Namun aku suka bersaing, sebab itu membuktikan kejagoan diri. Kemenangan itu membentuk nilai dan kualiti pada diri. Biar kita tidak mendahului dalam beberapa hal, namun kita harus kekal dalam majoriti sebagai antara yang terbaik. Pernah dengar ungkapan " Ibu & Bapa yang hebat akan melahirkan Anak yang hebat". Kenyataan itu aku pegang kerna aku percaya ayah dan ibu adalah insan terhebat bagi ku. 

Lagi satu sem.. Hmm, Lepas tuh, lenyap semua kenangan bersama teman di sini. Semoga nanti aku harap mereka yang mengenali aku akan kekal sebagai rakan kenalan walau dimana mereka berada. Mungkin nanti dapat bersua lagi, siapa tahu kalau ada jodoh kan.. Mula dengan tangan kosong dan pulang dengan tangan yang berisi. Insya'Allah !. Tahun nie, aku dapat hitung yang aku jarang tido awal. Orang cakap tido lambat nie memudarat kan. Memang betul, aku x nafikan pun. Tapi itu lah aku, susah nak tido nih . Insya'Allah lepas nie tido awal la kowt kalau ada orang dodoi kan .. hoohho . Hmm, tulah nak cerita panjang pun dah malas . Untuk hari nie aku sudahi sampai kat sini je la yo. Gerak dulu . 

Assalam ..
Read More...

Dia Kawan atau Dia Cinta ..


Pernah kita rasa sebelum ini kawan menjadi cinta kan. Tak kira di waktu bila ia terjadi samada waktu persekolahan ataupun pada ketika dan saat ini. Kalau dulu, kita pernah berkasihan (couple) dengan orang yang pada mulanya hanya sekadar teman dan kemudiannya terus menjadi rapat dan akirnya timbul perasaan cinta dihati kita dan dia. Itulah cinta, sukar ia diduga.

Mulanya hanya sekadar teguran biasa, dan kemudian timbul rasa rindu selepas itu hadir pula sifat ingin tahu tentang dirinya. Itulah penangan cinta. Namun kita sedar, bukan semua orang pernah mengalaminya dan bukan semua orang menyetujuinya. Ada orang sekadar berteman dan tidak lebih dari itu. Sekadar teman hanya ketika bekerja, hanya mesra atas tuntutan ummah antara lelaki dan wanita. Namun mereka lupa, kemesraan dua golongan Adam dan Hawa boleh mengundang cinta dihati mereka. 

Kalau kita anggap dia kawan, mengapa perlu cemburu bila ia berteman. Kalau dia kita anggap teman biasa, mengapa rindu bila tidak berjumpa. Ramai orang mnyedari hakikat hidup ini yang takkan berani berdepan dengan kenyataan sebenar. Dia suka tapi mahu menafikan. Dia cinta tetapi tidak yakin akan keputusan yang akan dibuat. Akhirnya, ia pergi begitu saja dengan angin yang hampa. Bukan kerana takdir, tetapi ia disebabkan pilihan takdir seseorang itu sendiri (Ya itu pilihan yang kita lakukan).

Setiap orang punya takdirnya tersendiri. Sudah termaktub di Luth Mahfus yang menjadi rahsia Allah s.w.t terhadap makhluk ciptaannya. Disitu juga tersemat takdir cinta diantara insan ciptaannya. Namun kita harus sedar, bahawa setiap takdir itu adalah merupakan pilihan manusia sendiri. Baik pilihannya, baik juga lah jadinya. Begitu juga jika sebaliknya.


Salam Ukhwah dari saya yang sudah lama tidak bercerita .. (o.O)
Read More...

Kita Lupa Sebenarnya . .

Adalah berkenaan entri dan judul kali ini merujuk kepada kesilapan kita yang sebelum ini. Ya, munkin bukan semua orang memahami apa yang kita rasai pada saat dan ketika itu. Saat ketika itu yang menghibakan. Saat ketika itu yang begitu runsing. Saat tika kita ketika itu ditimpa masalah. Saat tika itu kita terlalu kecewa. Saat ketika itu kita berasa disisihkan. Saat ketika itu kita diperbodohkan. Saat ketika itu hati kita terguris. Saat tika itu kita berasa sangat marah. Dan saat ketika itu kita berasa saat sedih. Namun, tidakkah kita melihat bahawa semua itu adalah bentuk ujian dari yang Esa. 




Waktu semua itu berlaku, kita berasa yang diri ini tidak lagi diperlukan dan kecewa dengan kehidupan. Tapi sebenarnya kita lupa.. Kita masih punyai Ibu. Kita masih punyai Ayah. Kita masih punyai mereka untuk hidup. Anda i hari dan ketika ini hati sedikit terguris dek kerana seorang insan. Maka ingatlah, dibelakang kita masih ada insan yang sangat-sangat mengharapkan perubahan. Ya, Iba dan Bapa kita. Samaada mereka masih wujud ataupun tidak, percayalah bahawa mereka mengharapkan yang terbaik dari seorang anak yang soleh. 

Waktu kecil dulu, kita pernah disakiti. Tapi, ibu adalah tempat kita mengadu. Waktu diawal kita mengenal dunia, mengenal erti persahabatan, mengenal erti kepuasaan duniawi. Kita makin lupa akan keluarga. Malah pernah kita bebalkan diri demi menyokong kepentingan peribadi. Ada pun ketika itu, kita telah membuatkan hati Ibu terguris dan menangis. 

Astafirullah .. 

Inilah sikap anak yang kita sedar yang diri ini sebenarnya lupa. Lumrah dunia, manusia selalu lupa. Kerana tunjangnya sering mengabaikan perkara yang harus ia laksanakan. 

Kini.. kita semakin dewasa, tahu bezakan yang mana satu baik dan sebaliknya. Namun kita tetap lupa bahawa mengerjakan yang lebih baik. Naudzubillah . Begitu mudah kita mengabaikannya. Adalah itu merupakan tugas utama didunia melebihi tugas kehidupan 1000 tahun. Ya, Solah yang kita maksudkan. 

Kita Lupa Sebenarnya ..

Namun, kita masih diberi pendekatan. kerana Allah sentiasa memberi keampunan. Dengan ittikad jalan pulang kepadanya dan tidak akan kembali kepada jalan yang terpesong lagi. Maka dari situ, terhapuslah dosa yang kamu himpunkan. Dan bertafakurlah kepadanya agar jati sentiasa tenang. Walaupun pada ketika kita merasakan ia seperti diuji. Maka ketahuilah, sepanjang hidup mu itu adalah ujian pada diri mu. Untuk mencari keredhaan dan bekalan terbaik di akhirat kelak.


Read More...

Peringatan Buat Ummah tentang Kematian..


Tanda 100 hari sebelum hari mati 
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untukmenemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Saling memperingatilah sesama kita .

Posted by IDZ Muslim Group. 
IDz Copyright


Read More...

Kecelakaan terbaik dalam diri ku ..

Ahad 31 Julai 2011, aku memandu dalam keadaan agak laj untuk memulakan pecutan. dengan hati yang senang aku menunggang motosikal Wave S 125 milik ku bersama seorang lagi teman ku. 
Dalam keadaan yang biasa aku memulakan hiburan hati dengan menyanyikan lagu raya hasil nukilan Alhyrhm Sudirman, tiba2 aku terdengar satu lecetkan kuat dari arah tayar belakang. 

Motosikal aku yang ditunggang seperti menunggang seekor kuda liar yang cedera. Dalam kelajuan 80 Kilometer sejam aku mengawal keadaan cemas itu, akhinya aku terbabas di persidangan jalan. Kepala ku terhentak kuat di dataran jalan sementara rakan ku pul teguling dan menyepi seketika. Aku ak nak cerita panjang, apa yang aku tahu aku lari cepat dari arah tengah jalan ke sisi jalan (takut dilanggar Lori trller, bas express) sementara motosikal hasil pembelian ku masih tersadai dilaluan utama. 

Selang beberapa saat selepas menenangkan diri aku mula menarik keluar moto aku dari arah tengah ke penjuru jalan bagi mengelakkan kerosak teruk di balas bas ke mereta ke.. Akan drastik gak la.. Aku tidak memikir kan keceraan pada waktu itu, sehingga pada suatu ketika hanya aku sadari yang bahagian pinggang kiri ku lebam dan tersa sedikit gegaran di baagian kepala dan tengkuk/leher (not is Tengkurak). memang style la der. Kalau aku baring lama sikit atas jalan tu, dh lama aku arwah start dikebumikan hari ini (1 Ramadhan).

Apa yang aku tahu, aku hanya diberi peluang kedua untuk hidup dan aku bersyukur dengan hal itu. (Alhamdullillah). Tiada efek mendalam yang menghantui diri ku cuma bahagian pinggang ku tersa sedikit sekali apabila tidur (mungkin sebab baru lagi mengalami kecelakaan). Rakan ku OK, hanya mengalami kecederaan ringan dibahagian bahu dan siku. Moto aku hampir rosal teruk tetapi masih boleh ditunggang pulang. 

Mujur family aku datang cepat untuk melerai dan menenagkan keadaan. Hari ini aku MC untuk satu hari walaupun klaz macam xde jer (kawan aku yang bg tawu). Aku dapat MC 3 hari sebenarnya, tapi tula, buat apa cuti lama2. sakit kepala jer. Aku masih boleh jalan tapi tak laju la.. 

hmm, cerita sedih aku apabila henset murah yang baru aku beli dah x sempurna seperti mana aku beli dulu. Jaket (Sweather adidas) aku lebur dan helmit aku retak. Seluar jangan tanya la macam mana (tapi boleh recycle jadik sluar pendek). Moto aku kena repair tahap gaban la.. Duit PT jadi mangsa doe..

Tapi memang style la, aku masih selamat dan xda apa kecederaan serius. Walaupun agak teruk gak la aku terhempas. Aku nampak moto aku tergolek 3 kali sebelum terseret ke tengah jalan.

Sampi situ aje la citer guwe untuk hari ini. Slam Ramdhan untuk semua.. o.Ohh
Read More...

Gelisah ku tambah susah hati ..


Ujian Allah itu Benar..

Ya Allah,
Apa bentuk ujian yang kau berikan pada hamba mu ini Ya Allah. Aku gelisah tanpa arah, jalan pemikiran ku lenyap seketika. Apa yang harus aku buat saat ini. Aku terima duka dari berita sengketa. Apa yang harus aku kotakan.. Tidak ku sangka saat akhir begini sulit pula yang menjelma. Sungguh besar keagungan mu terhadap apa yang dirancangkan oleh manusia. Aku buntu sekali saat aku menulis artikel ini. Dan 2 berita kurang menyenangkan yang aku temui dengan rasa sedih dan duka. Lebur hati ini tiada siapa yang merasa. Mereka hanya fikir keuntungan semata-mata. Hanya ambil yang buruk malah yang baik di lupa. Sungguh manusia selalu alpa dengan dunia. 
Resah kian terasa. Apakah aku masih punyai jalan terakhir untuk dibuka segala rahmatnya. Aku buntu ya Allah. Tunjukkan jalan kebenaran mu. Apakah bentuk Ujian ini adalah balasan terhadap perbuatan ku. Aku selalu berikir engan akal tetapi ia seperti mainan minda. Hampir sia-sia aku meneruskan ura-ura dunia. Ya, Allah.. Ampunilah dosa ku. Aku ingin bertaubat ke jalan mu.. Buka lah pintu hati ku. Bukalah jalan-jalan rahmat mu ya Allah. Tidak ku mahu tergolong didalam orang2 yang gagal. Pandu lah aku ke jalan mu ya Allah. Jalan yang kau redhai..
Saat aku menulis, ternyata nafsu masih mngampiri kejahilan. Aku ingin berpesan pada dunia.. Tinggalkan perkara2 mungkar walaupun ia sekecil zarah sekalipun. Kerana itu bisa membuatkan diri semakin manja jika selalu dikotakan. Janganlah mengeluarkan kata2 yang kurang sopan lagi tiada faedahnya, lebih baik berdiam diri dari berkata2 tanpa arah haluannya. Jagalah batin mu jagalah peribadi mu. Kerana kelak pasti diri akan perolehi kejayaan. Jangan abaikan solat 5 waktu kerana itu adalah tali perhubungan diri dengan Allah s.w.t . Peganglah nasihat ibu kerana dia lebih merasai. Dengarlah nasihat ayah walau kurang penjelasnya. Fikirkan dahulu sebelum sesuatu perkara yang hendak dikerjakan. Janganlah bersikap iri hati dengan sahabat dan kaum muslimin sendiri kerana tiada apa yang menguntungkan sebaliknya amatlah merugikan diri. Banyakkan sedekah bagi menampung keresah diri yang sekian lama menyepi. Insya'Allah, kelak hidup mu senang menghadapi ujian. Ketahuilah bahawa tiada seorang pun didunia yang hidup dengan tanpa masalah..
*Bismillahirrahmanirahim ..
. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ **
”Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenang-wenangan manusia.”

Read More...

Bestnya Bumi Perak dan Rindu ku di Darul Aman ..



29 April 2011 ini, genaplah 5 purnama aku di bumi Darul Ridzuan ini.. Banyak perkara yang aku jejaki disini. Sungguhpun aku pada mulanya aku tidak mengenali sesiapa pun disini saat tiba di perkarangan Medan Gopeng (Tempat Perhentian Bas). Kini aku telah kenali beberapa teman disini. Baik dari bekerja juga dari luar. Mujur ada sahabat ku Zul iaitu teman satu tempat pengajian ku disini. Hari2 yang rileks aku kluar bersantai bersama dia. Dikala malam pula, Syakir sahabat baik ku iaitu tempat kediamannya aku berteduh menjadi teman ku di kerja juga seharian. Aku bersyukur kerna memiliki teman di sini.. Aku hampir tiada apa di Negeri ku sendiri setelah ramai teman2 ku hilang entah ke mana. Hanya teman seperjuangan yang masih kekal di hati. 

Sungguh hiba rasanya hendak meninggalkan Bumi Perak ini. Suka duka tidak dapat ku lupakan disini. Disini aku luaskan jajahan terbilang. Disini aku perolehi pengalaman baru dan berbeza dari masa lalu. Takkan sesekali aku lupakan saat ini. Pulangnya aku nanti akan kembali menyingkap sinar lama di Bumi ku Kedah Darul Aman. Rindu pada bonda dan ayahanda kian kurasai. Hampir setiap minggu aku hanya biasa mendengar suara ayah dan ibu. Namun, tidak juga aku dapat melihat wajah mereka disisi. Tapi akan berakhir tidak lama lagi.

Kini, Perak bumi kedua ku selepas Kedah..
Mencari perkara yang bukan tujuan namun aku masih mencari. Kerana aku bukanlah seseorang yang mudah disenangi. hanya penilai sahaja yang mampu ku dekati. Akan cuba jahkan peribadi ini, namun rona jahil kerap menghantui diri. Apakan daya aku hanya insan biasa yang akur pada kelemahan..
Mungkin, Penang menjadi jawapan serta penantian terakhir aku selama ini. Tiada daya aku hidup tanpa rasa dan dirasa. Jujur aku kotakan bahawa rasa bosan itu sering kali hiba di hati..

Andai perjalanan ku terbit sengketa di pertengahan, aku pohonkan keringat duka dan doa sahabat yg mengenali ini ke jalan redha ilahi.. Insya'Allah ..

asSalamualaykum .. w.r
Read More...

Laman Dakwah & Kajian Sosial. .



asSalamulaykum para bicara semua. .
Moga2 kalian semua sihat walafiat. Kali nie sudah lama aku tidak berposting di blog sini. Tapi aku tetap alert ngan blog nie. Just malas je nk wat entri. Pasal xde perkara yang penting pun nak cerita. ;)

Merujuk pd tajuk posting aku nie, aku just nk share ngan member2 semua tentang Ummah. Apa tu Iedan?? "haa, nie salah satu laman yang akan di bangunkan berdasarkan berkenaan dengan kajian dan persepsi positif dan boleh diterima umum. Semua itu dipaparkan dalam satu kenyataan media yang baru aku nak bangunkannie..

Sebab apa aku buat semua ni??
Pertama, aku fikir benda2 macam nie akan mendorong lagi aku ke jalan Dakwah Islamiah. (Itu Prinsip Aku). Biasa la, manusia nie bersifat lalai. Aku xnak terus leka dengan apa yang aku buat selama nie. Hari demi hari lakukan perkara yang kurang berfaedah. Apakah itu erti Muslim?? kalau bisa hanya posting benda yang mendorong kepada Takbur, itu adalah jahil bagi mu. Aku juga pernah berbuat salah, aku juga pernah menyakit hati2 dluar sana.. Namun apakah mereka mengkaji apa yang aku perkatakan kepada merka itu.. Jika tidak berfikir, itu sebab korang marah aku.. ;). . Tapi silap aku juga, condem xtentu pasal.. aku xbleh lihat perkara2 yg remeh dan bnda2 yg xleh bla la (bak kata org utara).. ;)

Insaf itu lebih baik .. Biarkan saja dia .. Kerana kita sudah memberi peringatan .. Apakah dia tidak memikirkan .. (Tafakur) ;)

Namun, gunalah perkara ini sebagai satu nasihat atau kesenangan kepada orang lain dan bukannya untuk membanggakan diri mu. (Fikir2kan lah wahai teman) ;)
Setelah aku tubuhkan laman untuk masyarakat berilaturrahim (Klik sini nak tegok page tuh Malaysia Football Fans), alhamdulillah.. mendapat sambutan yang memberansangkan di Facebook da juga blog. Aku bersyukur dan gembira dengan apa yang aku jayakan mendapat sambutan ramai.

Namun, Aku tetap berfikir..
Apa yang aku buat tuh?? Mengajak orang berkumpul demi Bolasepak?? adakah apa yang aku lakukan ini BENAR. Apakah perkara ini tidak memudaratkan aku dikemudian hari. Adakala aku membaca post2 comment yg dilemparkan oleh pengguna facebook tentang perkara2 yang kurang enak dan xsedap didengar. Aku seperti mengajak kepada kejahilan. (Namun bukan itu niat aku menubuhkan Page itu) aku menyeru agar rakyat dapat bersatu dan terhindar dari perkauman dan perbalahan politik. Bersatu didalam sesuatu hal. Tetapi lain pula jadinya. macam nak delete jer page tuh.. Tapi masih ada lobang dakwah pada page tu. (Kesedaran)..

Justeru aku ingin menghidupkan satu lagi Laman Sosial untuk pembaca dan pemerhati alam. Kali ini tentang kehidupan didunia ini. (Sama macam konsep Arrival di youtube milik Achemar.crew dan Portal Dinar Emas). Aku sudah pun menamakannya sebagai Juniorz-Research (Pengkaji Baru) di laman ini (Klik sini). Masih belum beroperasi secara public kerana masih belum mempunyai info yang cukup intuk dipublishkan.. Insya'Allah akan di paparkan pada Jun 2011 ini. . Maklum lah.., Perkara yang benar haruslah diteliti sebelum mngemukakan implementasi.

Kalau ada dekat2 sini yang terbaca posting aku nie yang nak join sama dalam konsep sosial research aku. Boleh la PM kat fesbuk aku ya (Tak kire laki ke pompuan).. Insya'Allah, ilmu dunia kita sebarkan agar panduan syiar Islam mendaki panduan Ummah. .

Akhir kata dari aku. . Muhamad Na'im ;)
Read More...

Tukaq Identitas. .


Salamualakum. .for U'all guy. .
Hari nie aku just nak bagi tahu yang aku dah tukar identiti. Bukan tukaq jantina..identiti ja. .
Sebab apa aku buat macam nie, sebab pertama aku kena jaga satu kepentingan yang amat aku sanjungi dan menjadi nadi ilmu siber aku setakat nie..
Then, sebab kedua aku skunk tengah gubra ngan sesorang tuh. .malu giler beb.. huwaaa. . . .
Ketiga, aku saja2 nak tukar, ape salah nyo den tuko gambo den dan identitas den. enggak bisa dinyalah in. . (hehehehe)

Insya'Allah. .
Skunk nie aku dalam konsep berdakwah di dalam media..
sudah beberapa artikel sudah ku kenalpasti untuk aku jadikan sebagai entri dimasa akan datang. .
Namun, bukan entri disini ..tetapi aku akan perjelaskan didalam satu perlancaran blog baru aku yang aku namakan sebagai iedan researh. .(Melaui Wordpress.com)

Kata orang,
Hidup jangan persia2kan kemudahan didepan mata..
dan jangan pula menganggap sesuatu itu tanpa nilai pada luaran..tetapi harus kita akui didalamnya uga penuh dengan makna yang tersirat..(Berpuitis pulok eden)

Juga entri nie tuk memberz Defacer dan Hackerz,
Korang jangan la masuk blog nie mengkuk. .kua3. .
Nie blog tuk aku lepaskan masalah dunia persekitaran gue dowh. . (Biase la, kekadang crackers kne la lepas jiwang gak)
Juga nanti akan aku siapkan satu blog untuk teman2 seperjuangan untuk kita sama2 mengumpul maklumat dunia bersama. . ;) blurp3. .!

Juga kepada kaki Blogwalking. .
Korang jangan tag komen jer. .follow la aku sekali deh. .
aku taw ler blog aku yang nie xsmart dowh.. tapi inya'Allah, aku akan follow balik blog korang yang tinggalkan pesan kata kat aku di ruangan cegat (chat) sebelah. . ;)

Juga jagan Lupa,
Follow juga blogsite Rasmi Fans Bolasepak Malaysia dari Team Fans kami MFT Fans disni (Klik sini)

Bye der. .~
Read More...

Masa lalu ke masa depan..


Bosan la plak lama2 LI nih.. Baru aku taw yang study lagi best dari praktikal walaupun tension ngn esemen semua.. Lebih kurang 3 bulan lagik aku kat sini nih. Ilmu yang aku perolehi  sekarang nie memang berguna kelak. Tapi, entah la..aku belum bersedia nak kerja sepenuhnya. Habis ja Diploma nih, Mak aku soh aku sambung Degree..perah otak lagi la der.. Tp, blajar pun tension gak.. tp best sebab..tuuttt.. Kerja nie bosan sebab semua yang aku buat semua benda yang sama. kalu nak advance boleh explore sendiri..small matter lah.. Insya'Allah aku sambung belajar g pas abeh Dip nih.. yela bukan apa, tumpang skunk ade duit..kita belajar la kan..nanti dh susah xdan nk blajo.. Tp, mmg prinsip aku nk kumpul ilmu sejauh yg mungkin. Bukan harta yg aku carik (tapi bnda nie perlu gak). Belajar nie xkan habis sampy kita mati kan. tp, kita kna ada masa depan. sebab nie la harapan nak hidup lama kat bumi nie.

Insya'Allah..Hidup biar berIlmu..
Read More...

Other Story..

Advertisement..

HS Oracle