Peringatan Buat Ummah tentang Kematian..


Tanda 100 hari sebelum hari mati 
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untukmenemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Saling memperingatilah sesama kita .

Posted by IDZ Muslim Group. 
IDz Copyright


Read More...

Kecelakaan terbaik dalam diri ku ..

Ahad 31 Julai 2011, aku memandu dalam keadaan agak laj untuk memulakan pecutan. dengan hati yang senang aku menunggang motosikal Wave S 125 milik ku bersama seorang lagi teman ku. 
Dalam keadaan yang biasa aku memulakan hiburan hati dengan menyanyikan lagu raya hasil nukilan Alhyrhm Sudirman, tiba2 aku terdengar satu lecetkan kuat dari arah tayar belakang. 

Motosikal aku yang ditunggang seperti menunggang seekor kuda liar yang cedera. Dalam kelajuan 80 Kilometer sejam aku mengawal keadaan cemas itu, akhinya aku terbabas di persidangan jalan. Kepala ku terhentak kuat di dataran jalan sementara rakan ku pul teguling dan menyepi seketika. Aku ak nak cerita panjang, apa yang aku tahu aku lari cepat dari arah tengah jalan ke sisi jalan (takut dilanggar Lori trller, bas express) sementara motosikal hasil pembelian ku masih tersadai dilaluan utama. 

Selang beberapa saat selepas menenangkan diri aku mula menarik keluar moto aku dari arah tengah ke penjuru jalan bagi mengelakkan kerosak teruk di balas bas ke mereta ke.. Akan drastik gak la.. Aku tidak memikir kan keceraan pada waktu itu, sehingga pada suatu ketika hanya aku sadari yang bahagian pinggang kiri ku lebam dan tersa sedikit gegaran di baagian kepala dan tengkuk/leher (not is Tengkurak). memang style la der. Kalau aku baring lama sikit atas jalan tu, dh lama aku arwah start dikebumikan hari ini (1 Ramadhan).

Apa yang aku tahu, aku hanya diberi peluang kedua untuk hidup dan aku bersyukur dengan hal itu. (Alhamdullillah). Tiada efek mendalam yang menghantui diri ku cuma bahagian pinggang ku tersa sedikit sekali apabila tidur (mungkin sebab baru lagi mengalami kecelakaan). Rakan ku OK, hanya mengalami kecederaan ringan dibahagian bahu dan siku. Moto aku hampir rosal teruk tetapi masih boleh ditunggang pulang. 

Mujur family aku datang cepat untuk melerai dan menenagkan keadaan. Hari ini aku MC untuk satu hari walaupun klaz macam xde jer (kawan aku yang bg tawu). Aku dapat MC 3 hari sebenarnya, tapi tula, buat apa cuti lama2. sakit kepala jer. Aku masih boleh jalan tapi tak laju la.. 

hmm, cerita sedih aku apabila henset murah yang baru aku beli dah x sempurna seperti mana aku beli dulu. Jaket (Sweather adidas) aku lebur dan helmit aku retak. Seluar jangan tanya la macam mana (tapi boleh recycle jadik sluar pendek). Moto aku kena repair tahap gaban la.. Duit PT jadi mangsa doe..

Tapi memang style la, aku masih selamat dan xda apa kecederaan serius. Walaupun agak teruk gak la aku terhempas. Aku nampak moto aku tergolek 3 kali sebelum terseret ke tengah jalan.

Sampi situ aje la citer guwe untuk hari ini. Slam Ramdhan untuk semua.. o.Ohh
Read More...

Other Story..

Advertisement..

HS Oracle