Bestnya Bumi Perak dan Rindu ku di Darul Aman ..



29 April 2011 ini, genaplah 5 purnama aku di bumi Darul Ridzuan ini.. Banyak perkara yang aku jejaki disini. Sungguhpun aku pada mulanya aku tidak mengenali sesiapa pun disini saat tiba di perkarangan Medan Gopeng (Tempat Perhentian Bas). Kini aku telah kenali beberapa teman disini. Baik dari bekerja juga dari luar. Mujur ada sahabat ku Zul iaitu teman satu tempat pengajian ku disini. Hari2 yang rileks aku kluar bersantai bersama dia. Dikala malam pula, Syakir sahabat baik ku iaitu tempat kediamannya aku berteduh menjadi teman ku di kerja juga seharian. Aku bersyukur kerna memiliki teman di sini.. Aku hampir tiada apa di Negeri ku sendiri setelah ramai teman2 ku hilang entah ke mana. Hanya teman seperjuangan yang masih kekal di hati. 

Sungguh hiba rasanya hendak meninggalkan Bumi Perak ini. Suka duka tidak dapat ku lupakan disini. Disini aku luaskan jajahan terbilang. Disini aku perolehi pengalaman baru dan berbeza dari masa lalu. Takkan sesekali aku lupakan saat ini. Pulangnya aku nanti akan kembali menyingkap sinar lama di Bumi ku Kedah Darul Aman. Rindu pada bonda dan ayahanda kian kurasai. Hampir setiap minggu aku hanya biasa mendengar suara ayah dan ibu. Namun, tidak juga aku dapat melihat wajah mereka disisi. Tapi akan berakhir tidak lama lagi.

Kini, Perak bumi kedua ku selepas Kedah..
Mencari perkara yang bukan tujuan namun aku masih mencari. Kerana aku bukanlah seseorang yang mudah disenangi. hanya penilai sahaja yang mampu ku dekati. Akan cuba jahkan peribadi ini, namun rona jahil kerap menghantui diri. Apakan daya aku hanya insan biasa yang akur pada kelemahan..
Mungkin, Penang menjadi jawapan serta penantian terakhir aku selama ini. Tiada daya aku hidup tanpa rasa dan dirasa. Jujur aku kotakan bahawa rasa bosan itu sering kali hiba di hati..

Andai perjalanan ku terbit sengketa di pertengahan, aku pohonkan keringat duka dan doa sahabat yg mengenali ini ke jalan redha ilahi.. Insya'Allah ..

asSalamualaykum .. w.r

Other Story..

Advertisement..

HS Oracle