Ulang Tahun ke 21 . Disebalik Fakta dan Nombor Favourite ..



Assalamualaikum buat yang mengunjung. Diharapkan agar kalian semua sihat sejahtera. Pada kesempatan kali ini, aku ingin mengucap syukur ke hadrat ilahi kerna dengan limpah rahmatnya aku telah pun menjangkau usia 21 tahun pada tanggal 12 Februari yang lalu. Terima kasih aku ucapkan kepada yang tidak lengah mengucapkan HB~ padaaku tempoh hari. Buat teman, buat sahabat, buat kenalan, buat rakan-rakan. Akan ku kenang hingga akhir hayat ku. 

Namun, di sebalik tarikh lahir aku ini bukanlah sesuatu yang tidak sengaja untuk aku gambarkan. Sebenarnya ia adalah detik dan waktu yang sudah lama aku impikan. [12.02.2012.] = 12.02.20.12 > 12 x 2 = 24 > 20 - 12 = 02 (Korang jgn pening2 kepala). ada code disebalik nombor-nombor ini (Biarlah kekal sebagai rahsia).  Dengan secara xlangsungnya umur aku pun menjangkau 21 <>12 tahun (Calon Bebas). 

Memandangkan nombor 24 adalah nombor favourite aku, ini adalah tarikh terbaik dalam tahun2 kelahiran aku sebelum ini. Kenapa 24? (Banyak sejarahnya dik..). Salah satunye aku pernah dulu wakili acara Bolasepak sekolah menengah dan nombor jersi pertama aku masa tu adalah 24 dan diikuti dengan 12 pada tahun-tahun seterusnya (Sekadar mengimbas kembali).  Dan banyak detik suka duka aku bermula dengan 24. Dan tidak lupa pada tarikh 25/05. Hanya sorang jer tahu tarikh nie. Dan aku harap dia xkan komen apa2 kat blog nih. 

Hmm, ape lagi ye aku nk citer. dah macam xda keje pun aku nih. Xpe bukan selalu kan kita update blog. hehe . 

Berbalik pada besday aku bulan nie, memang aku terharu gak la member2 umah aku belanja KFC beb!. Thanx to Syakir, Hirzun, Soleh, Zaril, Muhaimin, dan Acab. U all memang friend  terbaik yang pernah aku ada. Buat kawan2 kelas aku yang gurl's yang cun2 tuh. Thanx for wish besday kat aku. korang memang sempoi. senang aku dapat kenal ngan korang semua. ;) ..

ada org tanya hang dapat hadiah ape idan?? - (~.^) Terus terang la, aku bg taw ye . aku jarang dapat hadiah. Selalu dapat makan free jer. hehe . Maklum lah xde sape nk bg . hehe . Next week nih aku balik memang aku tunggu mkn free lagi . My bro dh promise kat aku nk blnja mkn. Xda hal lah ..

So sampai sini je citer aku . next time will be continues. . Assalam ..

Read More...

Karma di atas Kesilapan Lalu



Adat serta Fitrah manusia terhadap kehidupan di dunia. Setiap perbuatan pasti akan menemui puncak pembalasan. Dan itulah yang dikatakan sebagai Karma. Karma ini sering dikaitkan dengan pembalasan di atas kesilapan masa lalu. Namun tidak juga begitu, masing-masing punyai jalan takdirnya diatas setiap perbuatan. Bukan semua kesilapan berakhir dengan detik hitam di masa kelak. Harus kita ketahui bahawa Allah swt. itu maha adil lagi maha mengetahui.

Melihat pada diri ini, ku terasa diri sedang melalui detik karma dalam kehidupan. Suka duka diri masih dalam gelung keresahan. Kadang-kadang ia berlalu dengan hari-hari yang indah. Ya sungguh indah. Namun adakalanya ia datang dengan pemalar yang hitam lagi mendukakan. amatlah sakit dan perit untuk ku telan. 

Aku mengerti ini adalah karma. Namun, aku mengharapkan keampunan terhadap kesilapan ku dimasa lalu. Seandainya kamu orang yang mengenali aku membaca warkah diri ku ini, aku mohon maaf di atas segala sikap dan perlakuan diri ku jika ada yang mengguris pada diri mu. Dan dengan ini aku ingin menyatakan bahawa diri ku telan pun memaafkan kesalahan pada setiap insan yang pernah menyakiti diri ku. Aku bukan lah insan yang sempurna untuk menghukum sesuatu. 


"Dan sesungguhnya insan adalah baik, jika ia mengharapkan yang terbaik dalam dirinya dengan memiliki keampunan dari tuhannya" . .




Insha'Allah - To be continue ..


by Muhamad Na'im
Read More...

Other Story..

Advertisement..

HS Oracle