Rambut Sama Hitam, Hati Lain Pula Bicaranya .



AsSalamualaykum sahabat yang membaca artikel ini, kali nie aku xda apa pun yang nak dikongsikan bersama. Tapi, aku some story pasal situasi tentang insan nie. Bukan apa, kekadang tu, kita terlalu ingin meraih sedikit perhatian dengan pelbagai cara. Perhatian yang terlalu memaksa. Sehinggakan pada suatu ketika, sikap dan cara diri menghadirkan rasa kurang senang kepada orang lain. 

Adakala kita terlalu bersahaja dan berasa kurang selesa dengan pandangan dan sikap yang ditonjolkan orang lain. Sehinggakan pada suatu tahap kita ingin menjatuhkannya untuk tujuan peribadi. Nasihat dari aku, tak perlu lah kita membazir waktu dengan melakukan perkara sedemikian rupa. Kalau benar dan ikhlas lahir dari hati, adalah lebih baik jika bersemuka, berbual, atau ajak berbincang untuk sedikit masa. Supaya kedua-dua hati boleh menerima dengan hati terbuka. Bukan dengan cara menikam belakang yang hanya mengundang kebencian orang. 

Kalau pun mahu melontar dari segi bahasa atau penulisan, biarlah ia lembut dari sudut pembacaan atau perkataan. Agar si penerima sedar akan kesilapan dan bukannya melahirkan secebis demdam dari suratan. Usia makin dewasa, dunia semakin kemuncak. Memang benar kadang kala hidup nie tak akan pernah puas dengan apa yang sudah kita miliki. Adakala kita dalam delema dalam memiliki sesuatu yang belum pasti. Ada stengah orang, dah ada peluang depan mata pun masih tergapai-gapai mengaut yang belum pasti. Ada orang tuh, masih ada peluang, namun mensia-siakan, atas alasan kurang keyakinan. Biasa lah karekter manusia.

Suratan ini aku tulis bukan sekadar penghibur diri, bahkan sebagai pendinding peribadi agar sering berada diatas garis panduan yang selari dengan kehidupan. Walau pun kita sedar akan kesukaran dalam membuat sebarang keputusan. Bahkah diri sendiri pun masih tergapai-gapai. Sebab manusia tidak bersifat statik. Justeru, saling hormat menghormati, dan harus bertolenransi dalam sesuatu hal. Bukan dengan cara menyindir dari jauh. Tiada faedah kan .

Insya'Allah . Setiap perbuatan yang baik adalah dari akhlak diri yang baik. Sampai disi aja artikel normal saya. Saya sedar artikel ini bukan semua yang boleh memahami. Kerana ia dituis kepada si pembaca yang agak puitis mindanya. ;)

Assalamualaikum ..


Other Story..

Advertisement..

HS Oracle