Kita Lupa Sebenarnya . .

Adalah berkenaan entri dan judul kali ini merujuk kepada kesilapan kita yang sebelum ini. Ya, munkin bukan semua orang memahami apa yang kita rasai pada saat dan ketika itu. Saat ketika itu yang menghibakan. Saat ketika itu yang begitu runsing. Saat tika kita ketika itu ditimpa masalah. Saat tika itu kita terlalu kecewa. Saat ketika itu kita berasa disisihkan. Saat ketika itu kita diperbodohkan. Saat ketika itu hati kita terguris. Saat tika itu kita berasa sangat marah. Dan saat ketika itu kita berasa saat sedih. Namun, tidakkah kita melihat bahawa semua itu adalah bentuk ujian dari yang Esa. 




Waktu semua itu berlaku, kita berasa yang diri ini tidak lagi diperlukan dan kecewa dengan kehidupan. Tapi sebenarnya kita lupa.. Kita masih punyai Ibu. Kita masih punyai Ayah. Kita masih punyai mereka untuk hidup. Anda i hari dan ketika ini hati sedikit terguris dek kerana seorang insan. Maka ingatlah, dibelakang kita masih ada insan yang sangat-sangat mengharapkan perubahan. Ya, Iba dan Bapa kita. Samaada mereka masih wujud ataupun tidak, percayalah bahawa mereka mengharapkan yang terbaik dari seorang anak yang soleh. 

Waktu kecil dulu, kita pernah disakiti. Tapi, ibu adalah tempat kita mengadu. Waktu diawal kita mengenal dunia, mengenal erti persahabatan, mengenal erti kepuasaan duniawi. Kita makin lupa akan keluarga. Malah pernah kita bebalkan diri demi menyokong kepentingan peribadi. Ada pun ketika itu, kita telah membuatkan hati Ibu terguris dan menangis. 

Astafirullah .. 

Inilah sikap anak yang kita sedar yang diri ini sebenarnya lupa. Lumrah dunia, manusia selalu lupa. Kerana tunjangnya sering mengabaikan perkara yang harus ia laksanakan. 

Kini.. kita semakin dewasa, tahu bezakan yang mana satu baik dan sebaliknya. Namun kita tetap lupa bahawa mengerjakan yang lebih baik. Naudzubillah . Begitu mudah kita mengabaikannya. Adalah itu merupakan tugas utama didunia melebihi tugas kehidupan 1000 tahun. Ya, Solah yang kita maksudkan. 

Kita Lupa Sebenarnya ..

Namun, kita masih diberi pendekatan. kerana Allah sentiasa memberi keampunan. Dengan ittikad jalan pulang kepadanya dan tidak akan kembali kepada jalan yang terpesong lagi. Maka dari situ, terhapuslah dosa yang kamu himpunkan. Dan bertafakurlah kepadanya agar jati sentiasa tenang. Walaupun pada ketika kita merasakan ia seperti diuji. Maka ketahuilah, sepanjang hidup mu itu adalah ujian pada diri mu. Untuk mencari keredhaan dan bekalan terbaik di akhirat kelak.


Read More...

Other Story..

Advertisement..

HS Oracle