Karma di atas Kesilapan Lalu



Adat serta Fitrah manusia terhadap kehidupan di dunia. Setiap perbuatan pasti akan menemui puncak pembalasan. Dan itulah yang dikatakan sebagai Karma. Karma ini sering dikaitkan dengan pembalasan di atas kesilapan masa lalu. Namun tidak juga begitu, masing-masing punyai jalan takdirnya diatas setiap perbuatan. Bukan semua kesilapan berakhir dengan detik hitam di masa kelak. Harus kita ketahui bahawa Allah swt. itu maha adil lagi maha mengetahui.

Melihat pada diri ini, ku terasa diri sedang melalui detik karma dalam kehidupan. Suka duka diri masih dalam gelung keresahan. Kadang-kadang ia berlalu dengan hari-hari yang indah. Ya sungguh indah. Namun adakalanya ia datang dengan pemalar yang hitam lagi mendukakan. amatlah sakit dan perit untuk ku telan. 

Aku mengerti ini adalah karma. Namun, aku mengharapkan keampunan terhadap kesilapan ku dimasa lalu. Seandainya kamu orang yang mengenali aku membaca warkah diri ku ini, aku mohon maaf di atas segala sikap dan perlakuan diri ku jika ada yang mengguris pada diri mu. Dan dengan ini aku ingin menyatakan bahawa diri ku telan pun memaafkan kesalahan pada setiap insan yang pernah menyakiti diri ku. Aku bukan lah insan yang sempurna untuk menghukum sesuatu. 


"Dan sesungguhnya insan adalah baik, jika ia mengharapkan yang terbaik dalam dirinya dengan memiliki keampunan dari tuhannya" . .




Insha'Allah - To be continue ..


by Muhamad Na'im

Other Story..

Advertisement..

HS Oracle