Gelisah ku tambah susah hati ..


Ujian Allah itu Benar..

Ya Allah,
Apa bentuk ujian yang kau berikan pada hamba mu ini Ya Allah. Aku gelisah tanpa arah, jalan pemikiran ku lenyap seketika. Apa yang harus aku buat saat ini. Aku terima duka dari berita sengketa. Apa yang harus aku kotakan.. Tidak ku sangka saat akhir begini sulit pula yang menjelma. Sungguh besar keagungan mu terhadap apa yang dirancangkan oleh manusia. Aku buntu sekali saat aku menulis artikel ini. Dan 2 berita kurang menyenangkan yang aku temui dengan rasa sedih dan duka. Lebur hati ini tiada siapa yang merasa. Mereka hanya fikir keuntungan semata-mata. Hanya ambil yang buruk malah yang baik di lupa. Sungguh manusia selalu alpa dengan dunia. 
Resah kian terasa. Apakah aku masih punyai jalan terakhir untuk dibuka segala rahmatnya. Aku buntu ya Allah. Tunjukkan jalan kebenaran mu. Apakah bentuk Ujian ini adalah balasan terhadap perbuatan ku. Aku selalu berikir engan akal tetapi ia seperti mainan minda. Hampir sia-sia aku meneruskan ura-ura dunia. Ya, Allah.. Ampunilah dosa ku. Aku ingin bertaubat ke jalan mu.. Buka lah pintu hati ku. Bukalah jalan-jalan rahmat mu ya Allah. Tidak ku mahu tergolong didalam orang2 yang gagal. Pandu lah aku ke jalan mu ya Allah. Jalan yang kau redhai..
Saat aku menulis, ternyata nafsu masih mngampiri kejahilan. Aku ingin berpesan pada dunia.. Tinggalkan perkara2 mungkar walaupun ia sekecil zarah sekalipun. Kerana itu bisa membuatkan diri semakin manja jika selalu dikotakan. Janganlah mengeluarkan kata2 yang kurang sopan lagi tiada faedahnya, lebih baik berdiam diri dari berkata2 tanpa arah haluannya. Jagalah batin mu jagalah peribadi mu. Kerana kelak pasti diri akan perolehi kejayaan. Jangan abaikan solat 5 waktu kerana itu adalah tali perhubungan diri dengan Allah s.w.t . Peganglah nasihat ibu kerana dia lebih merasai. Dengarlah nasihat ayah walau kurang penjelasnya. Fikirkan dahulu sebelum sesuatu perkara yang hendak dikerjakan. Janganlah bersikap iri hati dengan sahabat dan kaum muslimin sendiri kerana tiada apa yang menguntungkan sebaliknya amatlah merugikan diri. Banyakkan sedekah bagi menampung keresah diri yang sekian lama menyepi. Insya'Allah, kelak hidup mu senang menghadapi ujian. Ketahuilah bahawa tiada seorang pun didunia yang hidup dengan tanpa masalah..
*Bismillahirrahmanirahim ..
. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ **
”Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenang-wenangan manusia.”

Other Story..

Advertisement..

HS Oracle