Saja-saja cerita .

Assalamualaykum everybody . Hope semua dalam keadaan baik hendaknya. Hari nie 19 November (2:46 AM), aku macam biasa tak de apa pun nak buat. Movie dah layan sampai 3 judul, tapi tetap boring. Handphone nama je ada dua tapi satu pun tak berdering. Ehh2 tadi berdering la sebab mak n ayah aku call tanyakan aku. ehehe. 

Hari-hari yang berlalu nie, aku jarang tido awal, sebab banyak sangak kerja.. dengan asignmen, mini project, presentation lagi. Masuk minggu nih, aku dah start final exam, study all-out la jawabnya. Kini tinggal 2 paper je lagi, lepas tuh aku break seketika. Ingat nak lepas tension hujung bulan nih pegi hiking bukit ke, mandi air terjun ke, lompat hutan ke, ape2 je lah. Nak hilangkan semua stress dalam badan. Stress dengan apa?? banyak sangat cik kak ngan cik abang oii. Dengan duit, dengan kerja . itu yang paling banyak. Dengan perempuan?? Emmm, xde kowt..(sebab saya xde GF).

Start jer sem depan, aku dah kena design Final Project. Nak xnak kena buat jugak, Final Project tuh. Compilasi dengan apa segala yang aku dah belajar kat poli tuh. Itulah yang bakal terhasil. Aku dengan sorang lagi sahabat, dia bijak bertoleransi sedangkan aku berproduktiviti. Kami memang gabungan yang baik. Walau aku sedar, Rakan-rakan yang lain juga tidak kurang hebatnya dalam mendirikan sistem. Masing-masing punyai kelebihan, masing2 punyai kredibiliti. Namun aku suka bersaing, sebab itu membuktikan kejagoan diri. Kemenangan itu membentuk nilai dan kualiti pada diri. Biar kita tidak mendahului dalam beberapa hal, namun kita harus kekal dalam majoriti sebagai antara yang terbaik. Pernah dengar ungkapan " Ibu & Bapa yang hebat akan melahirkan Anak yang hebat". Kenyataan itu aku pegang kerna aku percaya ayah dan ibu adalah insan terhebat bagi ku. 

Lagi satu sem.. Hmm, Lepas tuh, lenyap semua kenangan bersama teman di sini. Semoga nanti aku harap mereka yang mengenali aku akan kekal sebagai rakan kenalan walau dimana mereka berada. Mungkin nanti dapat bersua lagi, siapa tahu kalau ada jodoh kan.. Mula dengan tangan kosong dan pulang dengan tangan yang berisi. Insya'Allah !. Tahun nie, aku dapat hitung yang aku jarang tido awal. Orang cakap tido lambat nie memudarat kan. Memang betul, aku x nafikan pun. Tapi itu lah aku, susah nak tido nih . Insya'Allah lepas nie tido awal la kowt kalau ada orang dodoi kan .. hoohho . Hmm, tulah nak cerita panjang pun dah malas . Untuk hari nie aku sudahi sampai kat sini je la yo. Gerak dulu . 

Assalam ..

Other Story..

Advertisement..

HS Oracle