Dia Kawan atau Dia Cinta ..


Pernah kita rasa sebelum ini kawan menjadi cinta kan. Tak kira di waktu bila ia terjadi samada waktu persekolahan ataupun pada ketika dan saat ini. Kalau dulu, kita pernah berkasihan (couple) dengan orang yang pada mulanya hanya sekadar teman dan kemudiannya terus menjadi rapat dan akirnya timbul perasaan cinta dihati kita dan dia. Itulah cinta, sukar ia diduga.

Mulanya hanya sekadar teguran biasa, dan kemudian timbul rasa rindu selepas itu hadir pula sifat ingin tahu tentang dirinya. Itulah penangan cinta. Namun kita sedar, bukan semua orang pernah mengalaminya dan bukan semua orang menyetujuinya. Ada orang sekadar berteman dan tidak lebih dari itu. Sekadar teman hanya ketika bekerja, hanya mesra atas tuntutan ummah antara lelaki dan wanita. Namun mereka lupa, kemesraan dua golongan Adam dan Hawa boleh mengundang cinta dihati mereka. 

Kalau kita anggap dia kawan, mengapa perlu cemburu bila ia berteman. Kalau dia kita anggap teman biasa, mengapa rindu bila tidak berjumpa. Ramai orang mnyedari hakikat hidup ini yang takkan berani berdepan dengan kenyataan sebenar. Dia suka tapi mahu menafikan. Dia cinta tetapi tidak yakin akan keputusan yang akan dibuat. Akhirnya, ia pergi begitu saja dengan angin yang hampa. Bukan kerana takdir, tetapi ia disebabkan pilihan takdir seseorang itu sendiri (Ya itu pilihan yang kita lakukan).

Setiap orang punya takdirnya tersendiri. Sudah termaktub di Luth Mahfus yang menjadi rahsia Allah s.w.t terhadap makhluk ciptaannya. Disitu juga tersemat takdir cinta diantara insan ciptaannya. Namun kita harus sedar, bahawa setiap takdir itu adalah merupakan pilihan manusia sendiri. Baik pilihannya, baik juga lah jadinya. Begitu juga jika sebaliknya.


Salam Ukhwah dari saya yang sudah lama tidak bercerita .. (o.O)
Read More...

Other Story..

Advertisement..

HS Oracle