Sunyi ku rasa tanpa Ayah & Bonda..

Doa untuk Parent ku..

Setelah hampir dua purnama aku berjuangan di perantauan.. Kini aku mula terasa sunyi..sunyi dengan suara ibu dan ayah.. walaupun setiap minggu mereka ku hubungi, namun tidak sama dengan apa yang aku lalui ketika aku seharian berada disisi mereka..
Benar cakap orang, bila mereka dekat disisi kita..pada waktu itu, bagai apa yang kita rasai..namun ia akan bertukar menjadi pilu apabila kita berjauhan dengan insan yang amat mengasihi kita..

Aku dengar pesan ibu, aku ingat pesan ayah.. Doalah wahai anakku kepada tuhan yang maha satu.. Ya Ayah, Ya ibu.. akan ku ingat selalu..kerna itu pegangan ku.. Kini aku bukan sendirian kerna kasih dan doa kalian sentiasa bersama ku.. Dulu aku amat mendukacitakan, sehinggakan aku sendiri merasa bebas..bebas untuk bersuara.. walaupun aku sedar pada ketika itu amat jahil bagi ku melampaui kata ayahanda dan bonda.. Durhaka lah aku ketika itu.. sungguh ku kesali perbuatan lalu.. maaf aku ayah, maaf aku ibu..

Jika ditakdir kalian pergi dulu, aku amat merindui mu.. Akan ku panjat doa keramat, doa kesejahteraan mu.. Harap2 jangan kau pergi setelah aku belum mencapai kejayaan.. kerna itu harapan ku.. harapan demi kebangga ibu dan ayah..
Sungguhnya aku bangga menjadi Putera kalian, kerana ayah serta ibu aku dapat mengecapi nikmat dunia.. walaupun kini aku masih mempelajari tentang dinia.

"Terima Kasih Bonda, Terima Kasih Ayahanda"
 -: Bingkisan dari Putera kalian_ Muhamad Syahidan Na'im..

Other Story..

Advertisement..

HS Oracle