Karma di atas Kesilapan Lalu



Adat serta Fitrah manusia terhadap kehidupan di dunia. Setiap perbuatan pasti akan menemui puncak pembalasan. Dan itulah yang dikatakan sebagai Karma. Karma ini sering dikaitkan dengan pembalasan di atas kesilapan masa lalu. Namun tidak juga begitu, masing-masing punyai jalan takdirnya diatas setiap perbuatan. Bukan semua kesilapan berakhir dengan detik hitam di masa kelak. Harus kita ketahui bahawa Allah swt. itu maha adil lagi maha mengetahui.

Melihat pada diri ini, ku terasa diri sedang melalui detik karma dalam kehidupan. Suka duka diri masih dalam gelung keresahan. Kadang-kadang ia berlalu dengan hari-hari yang indah. Ya sungguh indah. Namun adakalanya ia datang dengan pemalar yang hitam lagi mendukakan. amatlah sakit dan perit untuk ku telan. 

Aku mengerti ini adalah karma. Namun, aku mengharapkan keampunan terhadap kesilapan ku dimasa lalu. Seandainya kamu orang yang mengenali aku membaca warkah diri ku ini, aku mohon maaf di atas segala sikap dan perlakuan diri ku jika ada yang mengguris pada diri mu. Dan dengan ini aku ingin menyatakan bahawa diri ku telan pun memaafkan kesalahan pada setiap insan yang pernah menyakiti diri ku. Aku bukan lah insan yang sempurna untuk menghukum sesuatu. 


"Dan sesungguhnya insan adalah baik, jika ia mengharapkan yang terbaik dalam dirinya dengan memiliki keampunan dari tuhannya" . .




Insha'Allah - To be continue ..


by Muhamad Na'im
Read More...

Cuti Lagi . Bosan Lagi .

Assalam .. Hari nie adalah hari terakhir aku ada di rumah sewa sebelum pulang ke rumah bagi mengharungi cuti tahun baru Cina nie. Satu minggu perlu aku harungi. Ya, seminggu yang membosankan. Apa boleh buat kan ..
Cerita pasal kuliah masih padat dengan tugasan, project dan beberapa subject yang memang boleh dianggap sebagai tekanan la jugak untuk aku langsaikan. Tapi itu biasa lah . student life .. Cuma aku nak yang terbaik dalam setiap tugas aku laksanakan. Aku tak suka kerja yang sambil lewa. Aku sanggup berkerja dengan seorang diri dengan harapan kerja yang perlu disiapkan tuh menepati citarasa aku. bukan aku cerewet (sebenarnya memang pun). Tapi aku nak yang terbaik. biasa lah, manusia nie berbeza kan.. 

Baru-baru nih, aku dapat baucer RM200.00 dari kementerian pengajian. RM150 aku dan guna pakai buat beli buku.  Kini tingga RM50 lagi pada aku. rasanya nak beli apa plak pun aku xtahu. Terima kasih lah pada kementerian sebab bagi bantuan nie. Kalau tak, sampai bila pun aku tak beli buku yang aku nak beli tuh. huhu. 

Em, berbalik pada cuti semniggu nanti memang aku tengah fikirkan apa yang perlu aku lakukan. Selalunya makan tido jer. pastu main game. Mybe aku boleh siapkan project final aku nanti. skunk dalam 50% hampir siap. tinggal beberapa part je lagi. Makin dalam aku explore, makin luas skop php nih . Style la jugak dunia IT nih. 

Em, ok lah, hari pun dh nak hujan. mybe aku perlu packing (kemas barang) cepat kowt. nanti nak balik senang. InsyaAllah kalau ada kesempata aku boleh menulis lagi . 

assalamualaykum ..
Read More...

Other Story..

Advertisement..

HS Oracle