Bestnya Bumi Perak dan Rindu ku di Darul Aman ..



29 April 2011 ini, genaplah 5 purnama aku di bumi Darul Ridzuan ini.. Banyak perkara yang aku jejaki disini. Sungguhpun aku pada mulanya aku tidak mengenali sesiapa pun disini saat tiba di perkarangan Medan Gopeng (Tempat Perhentian Bas). Kini aku telah kenali beberapa teman disini. Baik dari bekerja juga dari luar. Mujur ada sahabat ku Zul iaitu teman satu tempat pengajian ku disini. Hari2 yang rileks aku kluar bersantai bersama dia. Dikala malam pula, Syakir sahabat baik ku iaitu tempat kediamannya aku berteduh menjadi teman ku di kerja juga seharian. Aku bersyukur kerna memiliki teman di sini.. Aku hampir tiada apa di Negeri ku sendiri setelah ramai teman2 ku hilang entah ke mana. Hanya teman seperjuangan yang masih kekal di hati. 

Sungguh hiba rasanya hendak meninggalkan Bumi Perak ini. Suka duka tidak dapat ku lupakan disini. Disini aku luaskan jajahan terbilang. Disini aku perolehi pengalaman baru dan berbeza dari masa lalu. Takkan sesekali aku lupakan saat ini. Pulangnya aku nanti akan kembali menyingkap sinar lama di Bumi ku Kedah Darul Aman. Rindu pada bonda dan ayahanda kian kurasai. Hampir setiap minggu aku hanya biasa mendengar suara ayah dan ibu. Namun, tidak juga aku dapat melihat wajah mereka disisi. Tapi akan berakhir tidak lama lagi.

Kini, Perak bumi kedua ku selepas Kedah..
Mencari perkara yang bukan tujuan namun aku masih mencari. Kerana aku bukanlah seseorang yang mudah disenangi. hanya penilai sahaja yang mampu ku dekati. Akan cuba jahkan peribadi ini, namun rona jahil kerap menghantui diri. Apakan daya aku hanya insan biasa yang akur pada kelemahan..
Mungkin, Penang menjadi jawapan serta penantian terakhir aku selama ini. Tiada daya aku hidup tanpa rasa dan dirasa. Jujur aku kotakan bahawa rasa bosan itu sering kali hiba di hati..

Andai perjalanan ku terbit sengketa di pertengahan, aku pohonkan keringat duka dan doa sahabat yg mengenali ini ke jalan redha ilahi.. Insya'Allah ..

asSalamualaykum .. w.r
Read More...

Laman Dakwah & Kajian Sosial. .



asSalamulaykum para bicara semua. .
Moga2 kalian semua sihat walafiat. Kali nie sudah lama aku tidak berposting di blog sini. Tapi aku tetap alert ngan blog nie. Just malas je nk wat entri. Pasal xde perkara yang penting pun nak cerita. ;)

Merujuk pd tajuk posting aku nie, aku just nk share ngan member2 semua tentang Ummah. Apa tu Iedan?? "haa, nie salah satu laman yang akan di bangunkan berdasarkan berkenaan dengan kajian dan persepsi positif dan boleh diterima umum. Semua itu dipaparkan dalam satu kenyataan media yang baru aku nak bangunkannie..

Sebab apa aku buat semua ni??
Pertama, aku fikir benda2 macam nie akan mendorong lagi aku ke jalan Dakwah Islamiah. (Itu Prinsip Aku). Biasa la, manusia nie bersifat lalai. Aku xnak terus leka dengan apa yang aku buat selama nie. Hari demi hari lakukan perkara yang kurang berfaedah. Apakah itu erti Muslim?? kalau bisa hanya posting benda yang mendorong kepada Takbur, itu adalah jahil bagi mu. Aku juga pernah berbuat salah, aku juga pernah menyakit hati2 dluar sana.. Namun apakah mereka mengkaji apa yang aku perkatakan kepada merka itu.. Jika tidak berfikir, itu sebab korang marah aku.. ;). . Tapi silap aku juga, condem xtentu pasal.. aku xbleh lihat perkara2 yg remeh dan bnda2 yg xleh bla la (bak kata org utara).. ;)

Insaf itu lebih baik .. Biarkan saja dia .. Kerana kita sudah memberi peringatan .. Apakah dia tidak memikirkan .. (Tafakur) ;)

Namun, gunalah perkara ini sebagai satu nasihat atau kesenangan kepada orang lain dan bukannya untuk membanggakan diri mu. (Fikir2kan lah wahai teman) ;)
Setelah aku tubuhkan laman untuk masyarakat berilaturrahim (Klik sini nak tegok page tuh Malaysia Football Fans), alhamdulillah.. mendapat sambutan yang memberansangkan di Facebook da juga blog. Aku bersyukur dan gembira dengan apa yang aku jayakan mendapat sambutan ramai.

Namun, Aku tetap berfikir..
Apa yang aku buat tuh?? Mengajak orang berkumpul demi Bolasepak?? adakah apa yang aku lakukan ini BENAR. Apakah perkara ini tidak memudaratkan aku dikemudian hari. Adakala aku membaca post2 comment yg dilemparkan oleh pengguna facebook tentang perkara2 yang kurang enak dan xsedap didengar. Aku seperti mengajak kepada kejahilan. (Namun bukan itu niat aku menubuhkan Page itu) aku menyeru agar rakyat dapat bersatu dan terhindar dari perkauman dan perbalahan politik. Bersatu didalam sesuatu hal. Tetapi lain pula jadinya. macam nak delete jer page tuh.. Tapi masih ada lobang dakwah pada page tu. (Kesedaran)..

Justeru aku ingin menghidupkan satu lagi Laman Sosial untuk pembaca dan pemerhati alam. Kali ini tentang kehidupan didunia ini. (Sama macam konsep Arrival di youtube milik Achemar.crew dan Portal Dinar Emas). Aku sudah pun menamakannya sebagai Juniorz-Research (Pengkaji Baru) di laman ini (Klik sini). Masih belum beroperasi secara public kerana masih belum mempunyai info yang cukup intuk dipublishkan.. Insya'Allah akan di paparkan pada Jun 2011 ini. . Maklum lah.., Perkara yang benar haruslah diteliti sebelum mngemukakan implementasi.

Kalau ada dekat2 sini yang terbaca posting aku nie yang nak join sama dalam konsep sosial research aku. Boleh la PM kat fesbuk aku ya (Tak kire laki ke pompuan).. Insya'Allah, ilmu dunia kita sebarkan agar panduan syiar Islam mendaki panduan Ummah. .

Akhir kata dari aku. . Muhamad Na'im ;)
Read More...

Other Story..

Advertisement..

HS Oracle