Assalamualaikum .
Semoga kalian berada dalam keadaan baik hendaknya. Tertulisnya blog pada kesempatan kali ini adalah disebabkan aku mungkin akan lenyapkan blog ini dalam tempoh terdekat. Kenapa? maybe ini cara terbaik untuk aku lumpuhkan sejarah silam dan membuka buku baru selepas berakhir semua ini nanti .
Sebelum ini, aku tak pernah rasa macam nie, hidup aku walau sebegitu runsing walau seserabut mana pun. Aku akan seperti biasa dalam mengawal semuanya. Tapi lain untuk kali ini. Seolah-olah ia menggambarkan cerita kali ke-2 peristiwa lalu. Dan ini Mungkin kali ke 3. Aku tersentap seketika bila msa lalu aku fikirkan, bila masa lalu ku kenang kembali sejenak. Aku fikir, aku xboleh nak ulangi dan tak mungkin aku ulang kembali masa itu lagi. Tapi, kali ini, ia seolah-olah hadir lagi. Aku takut, aku takut dan aku takut. Seandainya perkara sebegitu yang aku fikirkan, aku perlu bersedia.
Memang secara zahirnya aku masih boleh berfikir,. Kalaw tidak, masakan aku dapat menulis disini. Apa yang aku tulis nie . Adalah apa yang aku rasa. Ya mungkin ini tidak privasi lagi bagi aku sebab blog bukan lah sesuatu yang boleh diprivasikan sebagai mana laman2 yang lain. Cuma aku hendak berkongsi pada sedikit sahabat tentang masalah dan tentang apa yang kita rasa.
Sejurus aku menulis untuk kali terakhir untuk blog nie, aku mahu siap yang hadir disini berfikir untuk sejenak. Bincang lah melalui hati tentang apa yang diperhatikan ini.
- Dalam ramai-ramai sahabat dan kenalan yang kita ada, siapakah yang lebih kita hormati? Siapakah yang lebih kita sayang.
- Kalau anda lelaki, jika berada dianatara dua masalah iaitu kawan baik perempuan anda memerlukan pertolongan anda dan pada masa yg sama ada kawan lelaki juga memerlukan perhatian anda. Siapakah yang akan anda hadir terlebih dahulu? Begitu juga jika anda seorang perempuan.
- Bagaimana cara anda jika anda betul2 mahukan seseorang itu. Sedangkan dia tidak tahu pun bahawa kita sudah menaruh pada diri nya. Lebih pedih jika dia anggap kita hanya sama seperti rakan biasa.
- Jika anda sudah punyai teman istimewa, namun dalam masa yang sama hati anda terpikat pada insan lain yang anda rasa dia menarik hati anda dan juga dia ingin mengenali anda dengan lebih rapat. Bagaimana dengan Si teman istimewa anda itu? Dan apakah reaksi anda?
- Pernahkah dalam hati kita terasa sedikit hiba dan cemburu jika ada insan yang kita sedikit menaruh harapan itu lebihkan perhatian terhadap insan lain.
Kesemua soalan diatas memang diutarakan dalam bentuk berbeza. Namun jika kita berfikir secara logik, ianya hanya ada satu jawapan. .Berikut adalah jwapan dari hasil fikiran hati ini .
Jawapan Pada Soalan:
- Seandainya ramai kenalan yang baik pada kamu, carilah sahabat yang boleh menegur kesilapan kamu. Jangan hanya berbaik untuk menjaga hati masing-masing kerana mungkin ia akan berakhir dengan lekuk yang rekah. Namun jika memilih pada yang boleh menegur kita, itu lah sebaik2nya teman kerana dia tidak suka cara buruk kita. Dan di situ kita mengenal siapa diri kita pada pandangan mata org lain. (bukan kawan yg tegur2 nk cari gaduh, yg tuh lain)
- Untuk menjawab soalan ini, ramai yang akan jawab seperti biasa, jika dia lelaki dia akan bekata tentu la member aku yg first. Aku takkan ikut perempuan. Namun, tahukan anda lelaki punyai 90% sifat ego pada diri. ia tidak akan akui perkara sebenar. Sebenarnya dia kan memilih teman perempuan baiknya itu berbanding lelaki jika diantaranya memerlukan bantuan. Namun jika anda seorang perempuan, anda juga mungkin begitu. Semua orang akan ada sifat hipokrit pada diri betul kann ..
- Soalan ini agak complicated dan terlalu privasi untuk diselesaikan. Namun pada buah fikiran aku, mmg aku xnafikan yang aku tak pernah nyatakan secara serius kepada seseorang yg aku suka dan ingin serius dengan dia secara berhadapan. Sebab, perkara nie memang bukan semua orang boleh buat. Kalau ada pun orang akan anggap itu hanya gurauan biasa dari si dia. Bagi aku, dengan merapatkan diri dalam mengenali diri si dia dengan rapat lebih baik dari berterus terang. Semakin kita rapat, keadaan akan lebih baik seperti biasa. Mungkin dia akan lebih mengenali diri kita kann. Disamping kita lebih mendalami diri dia sebelum melakukan sebarang keputusan drastik. Tapi orang sekarang semua takut melepas. Kalau macam tu apa lah erti jodoh dan takdir yang tuhan tetapkan. Bercinta degan org lain, berkahwin dengan org lain. hmm think that . Tapi kalau nanti kita dapat tahu yang dia selesa sekadar kawan baik dengankita pun kita tak rasa down sangat sebab benda nie kita tak declare pun . Selalunya org akan cakap macam nie kann .. :)
- Kalau nak jawab soalan nie, itu depend pada perhubungan kita la sekarang macam mana. kalau dah rasa macam kapal nak karam, why not kita pakai bot yang sedia ada untuk teruskan kehidupan kan.. :) . Sebenarnya masalah nie terletak pada kejujuran anatara kedua pihak. Kalau sudah ada salah sorang yang dah berlaku tak jujur, sayap yg patah tak mampu bawa nak tertang tinggi lagi. kena turun ke darat ubatkan diri. Andai hadir sesorang yang dapat menerima diri kita disaat kita dalam situasi macam tu. Bagi aku kita patut teruskan dengan orang tuh lah. Tapi, lain org lain pandangan. Mungkin dia rasa itu ujian untk dia kekalkan kesetiaan. Terpulang la. Kalau dah hari2 tak sehaluan. apa guna erti perhubungan. bincang la untuk pilih haluan masing2 kan.. :) . tapi kalau hubungan still ok, jaga lah hubungan itu erat2 agar mungkin boleh sampai ke jinjang pelamin ..
- Situasi nie memang semua orang akan rasa, so sendiri bleh faham la rasa kat hati kita tuh macam mana kann. Kalau org tuh betul kita syg, memang la kita rasa mcm tuh. Tapi apa guna nak cemburu kalau orang yang kita syg tuh tak dak respon apa pun kat kita. Nak cakap dia suka kita pun tak, nak ckp dia ada bagi hint untuk buat kita cemburu pun tak. Just memang dia macam tuh, buat apa kita nak cemburu kann. Tapi kalaw kita tahu yang dia juga ada perasaan kat kita, dalam masa yang sama dia sengaja nak tarik perhatian kita dengan berkelakuan sedemikian, wajarlah kita cemburu. Tapi masalah nya kita tidak pasti samada maksud perbuatan itu kann. Kalau lah dunia nie simple. Semua orang boleh bahagia dalam sekelip mata kann. tapi tuhan tu maha mengetahui, Nikmat yang complicated itu lebih baik dari yang stand-alone. harap anda boleh faham . :) .
Sampai sini aja kisah blog bernama Muhamad Na'im pada Sang Google. Selepas ini mungkin Google tidak menemui lagi storage simpanan nama blog bernama naimcrackon.
Selamat Tinggal google.com :)
Terima kasih kerana sudi menjadi storan sorotan diary hati dan peristiwa aku selama ini. Jasa mu dikenang ..
Yang Serabut - Raizo Na'im ..